Bateri merupakan komponen terpenting dalam kereta kita...
Yelah...dah takdok bateri nak start kereta macam mana...
Terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu :bateri basah dan bateri kering
Bateri Basah (yang ni saya pakai)
Sumber : Google Images
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri.Pastikan ia berada pada paras normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.

Tip Dan Cara Penjagaan Bateri Kereta
1. Bagi bateri basah, seeloka-eloknya, lakukan penyelenggaraan pada air bateri (asid sulfurik) seminggu sekali. Pastikan tahap sukatan air bateri ini sentiasa diperiksa. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Ini adalah disebabkan limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.
Tip-tip di atas telah diperoleh di FB dan blog-blog di alam maya .
Sekian
Sekian
.
No comments:
Post a Comment