Pernah dengar dan gunakan software TEAMVIEWER ? Tapi ada juga yang tidak pernah ambil tahu mengenai software ini. Jadi, apakah keperluan untuk menggunakan software ini ?
Contoh penggunaan nya macam situasi kat bawah ni ok
“Adeh, macam mana nak selesaikan masalah install driver ni.
“Haa.. miNtak tolong Abu la buatkan.Tapi masalahnya sekarang ni, Abu pulak duk jauh!”
Isk, mesti pening bila ada masalah camni kan. Nak mitak tolong, kawan pulak duk jauh2. Kat sini la fungsi software2 seperti Teamviewer ni ek. Maksudnya kawan kita tu boleh menggunakan komputer kita secara REMOTE dari jauh. Dia boleh tolong install atau setup apa sahaja yang berkaitan dengan komputer tu
Kat mana nak dapatkan installer untuk TEAMVIEWER tu? Boleh klik link ni ye untuk pergi ke official website https://www.teamviewer.com/
Lepas dah install, apa pulak yang perlu kita tahu untuk benarkan orang kawal komputer kita dari jauh? Kita perlu berikan mereka ID dan PASSWORD yang tertera di komputer kita. PASSWORD tersebut akan sentiasa berubah setiap kali kita SHUTDOWN dan LOGIN ke komputer kita.
Maksubnya, orang tersebut hanya boleh mengawal komputer kita untuk waktu yang kita benarkan sahaja. Mereka memerlukan PASSWORD baru sekiranya perlu untuk mengawal komputer kita lain kali.
Oh yee.. komputer kita dan rakan yang ingin membantu tu perlu ada sambungan internet untuk berhubung antara satu sama lain. Tanpa internet, software TEAMVIEWER tidak dapat berfungsi.